Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah syukur kepada tuhan semesta alam
masih dipanjangkan lagi usia untuk beribadah dan mencari keredhaanNYA
2014 baru meninggalkan kita dan 2015 mula menegur kita
maka semakin meningkatlah umur kita dan semakin berkuranglah usia kita..
coretanku kali ini hanya sekadar menambah koleksi post diblogku ini
tahun 2014 meninggalkan aku dengan bermacam cerita suka duka
dari iada kepada ada dan dari ada kepada tiada..
turun naik sudah ditakdirkan mengikut qada' dan qadarnya
tapi janganlah kita cepat berputus asa
BERDOALAH
BERUSAHALAH
BERIKHTIAR
dan
BERTAWAKKALAH
D.U.I.T.
semoga hidup terus dibawah rahmat dan lindungannya..
hidup ini kadang gembira kadang sedih
maka teruslah tabah dan bersabar
agar hidup terus ceria..
akhir kata diakhir 2014 aku sudah menjadi tunangan orang dengan rasminya pada
Jumaat 26122014..
sekian 2014..
Bermula 2015
maka aku berdoa dan berharap pada angka 2015 ini
aku sentiasa menjadi hambanya yang sentiasa bersyukur dan bersabar..
supaya aku menjadi hamba yang sentiasa mengingati mati..
jodohku belum pasti
tapi
matiku pasti..
BERSYUKUR DAN BERSABARLAH DENGAN DUGAAN DAN CABARAN SERTA REZEKI DAN NIKMAT KURNIAN TUHAN
AGAR HIDUP BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT..
MARI MENJADI HAMBA YANG SENTIASA MENGINGATI MATI..
SENYUM SOKMO..
BEREH BOH....
JUPE MULA NEH..
awak... awak... tahniah.. da jadi tunangan orang daa... nnt jemput sy taw... :)
ReplyDelete